Keretapi ke Thailand - Hua Hin Day 2 (Bahagian 7)

8:48:00 PM


Hua Hin Station
Hari ini adalah hari terakhir untuk kami berada di bumi Thailand sebelum berangkat ke Padang Besar malam nanti. Since semalam kita dah all out pusing-pusing Hua Hin dengan Mr. Mai, jadinya hari ini agak santai sedikit. Santai sangat sebenarnya sebab pukul 12 baru kitorang check out dan mulakan aktiviti. Heaven gila. Haha.

Contact Number Mr. Mai
Duit Baht dalam poket macam dah tak berapa nak ada. So kitorang decide untuk tidak mengambil mana-mana pakej tapi nak bergerak sendiri ke tempat-tempat yang kitorang nak pergi. Dengan harapan dapatlah berjimat sedikit kalau pergi sendiri. Dan sebenarnya, “tempat-tempat” yang di maksudkan adalah Hua Hin Samphannam Floating Market dan Rajabakhti Park sahaja.

Mulanya kitorang minta bantuan pihak hotel untuk panggil tuktuk atau teksi. Receptionist itu cakap, return fare ke Hua Hin Samphannam Floating Market adalah BAHT 700. Kitorang macam errr… Mahal pula rasa. So sudahnya kitorang pergi cari sendiri teksi di jalan besar.

Info: Dari Hua Hin I Style Hotel, jalan ke kiri dan kemudian ke kanan, terus sampai ke jalan besar. Tempat menunggu teksi terletak nun di sebelah kanan jalan besar (berdekatan dengan jejantas).

Tumpang simpan beg ya dik? Hehee..
Menuju ke jalan besar
7 Eleven seberang jalan. Ada ATM kat situ. Hee =D

Belum dapat teksi lagi, tiak dah kecak teruk. Dengan cuaca panasnya. Phew~! Tunggu punya tunggu punya tunggu, takdeee pun teksi. Haih! Sampailah tiba-tiba datang sebuah teksi menghampiri kitorang dan bersetuju untuk membawa kitorang ke floating market itu. Sebelum teksi itu bergerak, dah deal yang dia akan caj BHT 300 untuk tambang one way. Nak di jadikan cerita, teksi ini sebenarnya datang dari Bangkok. Jalan pun tak tahu. Tanya orang sana sini. Aduh! Dia pun agak menyesal ambil kitorang sebab jauh katanya. Tiba-tiba cakap caj BHT 400 pulak. Memang idok le teman nak bagi kan…. Akhirnya sampai juga di destinasi dan kitorang cepat-cepat melarikan diri dari pemandu teksi itu dan bagitahu dia yang kitorang dah ada teksi lain untuk balik nanti. DENGAN YAKINNYA.

Sampai pun bus stop nya haaa.. Phew~!
Here we go. Go lah sangat jalan pun tak tahu. HAHA..
Entrance fee untuk masuk ke Hua Hin Samphannam Floating Market ini di tetapkan BHT 200 per pax (foreigner’s rate). OMG! Mahal gila. Caj itu katanya termasuk dengan naik sampan keliling floating market itu.  Tapi sebab dah sampai kan, masuk juga lah.

Hua Hin Sam Phan Nam Floating Market
Yang jual tiket dah macam ulat tiket aku rasa. HAHAHA...
Operation hours
Siap tulis macam ni. Haha

Dekat pintu masuk, siap cop dekat tangan tau~! Santorini Park pun takda cop cop bagai ini. Kerlass kau jah~! Hahaha… Sebab pakai cop lah kot kena bayar mahal ni? HAHAHA… Mula-mula itu rasa macam tah hape-hape je pun kat sini. Dah lah bayar mahal. Macam boring je.. Konsep floating market pun tak macam yang di gambarkan. Tapi bila lama-lama lepak kat sini, macam syiok pulak rasa. Orang pun tak berapa nak ramai.. Layan~ Apa yang LKz kata syiok sangat ? Jom tengok gambar-gambar dekat bawah ini =D

Naik bot terus... 5 minit saja pun pusing-pusing keliling "tasik". Hahaa..

Hello Sam Phan Nam
Lepak minum kopi dulu pun boleh. Green tea (tak sedap) dan choc ice - BHT 55 each.
Banyak kedai ada
Santai
Seronok juga shopping kat sini nampaknya
Lepak lepak sambil makan pancake
The only halal food yang ada dalam ni. Nutella pancake BHT 40 , banana choc pancake BHT 50.
Layan~
Waktu pertunjukan
She-male buat tarian. Audience nya cuma kitorang berdua saja. HAHA.
Nak bagi anak kambing makan. BHT 20.
Ingat nak suruh abang tu bawa kitorang balik tapi dah ada orang sewa laaa tuk tuk nya...
Waktu semakin suntuk dan kitorang pun mula beredar dari situ. Keluar dari market dan mula mencuba nasib untuk dapatkan teksi. Tapi hampa. Haaa tadi yakin sangat cakap ada teksi. Rupa-rupanya kalau nak ke sini, memang kena ambil return package. Dah lah tempat jauh dari hotel dan jauh juga ke dalam dari jalan besar.

Nak tak nak, sekali lagi kitorang menapak jauh gilaaaaaaaaa siap merentasi ladang sawit ke hape bagai tau. Hamek kau.. Hahaha... Sesampai di jalan besar, kitorang ada lalu di Hua Hintique dan tiba-tiba ada seorang budak perempuan ini (staff kat situ) approached kitorang. Dia cakap, dia nampak kitorang tadi berjalan dari floating market. Nak teksi ke? Dia pun kesian agaknya tengok kitorang jalan jauh. HAHAHA.. Dan dia pun tolong panggilkan kereta “uber” (tak tahulah siapa yang dia panggil ini) untuk pick up kitorang dan hantar ke hotel. Caj jadi sedikit mahal katanya sebab kena ulang allik iaitu sebanyak BHT 400. Tapi kalau di campur dengan bayarn masa pergi tadi, macam sama saja kalau ambil tuktuk return package yang hotel nak bagi tadi kan? Hurm.. Balun saja lah labi~! Jangan sampai kitorang terlepas tren ke Padang Besar sudahhhhhhh~! * jalan sesak sikit pulak masa on the way nak ke hotel itu, seriau tau akak*

Jauh perjalanan.
Luas peemandangan.

Hua Hintique
Promote sikit. Hiks

Sampai hotel, ambil beg dan minta receptionist call kan teksi untuk hantar ke Hua Hin station. Caj kali ini BHT 200 per trip. Di hadapan Hua Hin station, ada beberapa kedai makan halal so dinner dulu sementara menunggu tren sampai.

Hua Hin station.
Tomorrow with you?

Macam-macam style ada haaa

Menuju kedai makan Muslim di seberang Hua Hin station

Ayam goreng kunyit, tomyam seafood, sup daging, nasi , green tea dan red tea - BHT 400.

Tapau pancake pulak. Choc pancake BHT 20. Sugar pancake BHT 15.

Dah lah ada sedikit kekeliruan masa nak naik tren itu. Nasib baiklah tak terlepas. HAHAHA… Masuk tren, memang dah siap sedia katil dah, kitorang pun apa lagi, terus melompat atas katil. Kali ini, dapat seat hujung dan jauh sedikit dengan toilet. Lepas itu pula, banyak punya lipas kecil celah-celah katil. Haihhh~!

Perjalanan selama 15 jam di isi dengan tontonan k drama. Nak buat apa sangat pun kan. Itu je lah pun aktiviti yang boleh sambil golek-golek atas katil. Dan akhirnya sampai juga di Padang Besar pada pukul 10 pagi keesokan harinya. Sementara nak tunggu tren ETS ke KL Sentral, sempat lah sekali lagi singgah Arked Niaga Padang Besar untuk makan dan shopping. Waktu banyak terbuang semasa nak lepas imigresen Thailand tadi. Memang agak terkejar-kejar perjalanan kitorang ke Arked Niaga Padang Besar dan balik semula ke Padang Besar station. Itu pun nasib baik kali ini kitorang tekad untuk tinggalkan luggage di Kafe Nassir. Senang lah nak berlari ke apa ke kan.

Lama beratur tunggu kaunter imigresen buka.
Dan sebenarnya memang sangat terkejar-kejar pun kitorang masa itu sebab masa tren ETS dah sedia di platform, kitorang baru nak ambil luggage di Kafe Nassir. Boleh pulak akak kafe ini lemah lembut panggil bos dia untuk tolong pass kan beg kitorang. Masa ni dah seriau habis. Tapi perjuangan mesti di teruskan. USAHA, TAWAKAL DAN REDHA. Usaha baik punya kitorang berlari tarik beg sampai ke titisan terakhir. Tawakal juga – berserah saja pada ALLAH S.W.T. masa ini. Masa sampai di platform, ETS dah gerak. Allahu… Tak ada rezeki. REDHA…….

Tiba-tiba abang beruniform yang ada dekat platform itu tanya, tren pukul berapa? LKz pun cakap “sekarang ini….” Nasib baik tren memang baru sangat lagi bergerak dan Alhamdulillah….. Abang itu berhubung dengan train captain melalui walkie talkie nya dan cakap macam ini, “ Kapten tren di minta berhenti, ada penumpang lagi.” Terus cakap terima kasih dan terkedek-kedek masuk tren dan berjalan dari satu coach ke coach yang lain untuk ke COACH A. Which is depan sekali…….HAHAHAHA…. Ini pengalaman paling WOW lah sepanjang trip ke Thailand kali ini.

Di sediakan ini dalam ETS. Comel je. Nak lebih, beli sendiri dekat kafe ya =D
Till we meet again =D

Sekian.

Wasalam.

You Might Also Like

0 comments