Trip ke Aceh - Bahagian 5 (Akhir)

7:56:00 PM

Hari terakhir untuk berada di Aceh. Sekejap saja masa berlalu. Saat yang paling perit untuk kitorang semua hadapi iaitu saat untuk "melepaskannnnmu, bukan mudah bagiku tuk melalui semua ini..." Hahahaa...

Nak atau tak nak tetap juga kena balik. Gasaklah nak merawat hati seminggu yang akan datang nanti dengan post-vacay syndrome masing-masing. 

Jadi pagi itu seawal 5 pagi dah bangun untuk bersiap dan dalam pukul 6.30 pagi, si Fauzan dan Beenu dah terpacak depan hotel untuk pick up kitorang untuk hantar ke airport. Alhamdulillah urusan di airport pun semuanya berjalan lancar. Beg pun tak kena letak atas penimbang sebab check in semuanya yang berat berat itu.

Maka berakhir sudah trip kitorang ke Aceh. Balik KL semua muka sebek je tak boleh move on. Berlawan lawan hapload gambar dekat instagram dengan capiton win memasing. Post-vacay syndrome kali ini memang hebat penangan dia. Sebab apa? Sebab LKz tatkala muka sunburn pun tak elok lagi, baru seminggu balik dari Aceh, dahhh tersampuk dengan nafsu sendiri lalu TERBELI tiket Aceh lagi... Parah parah... Hahahaa...

Siap boleh beli tiket ke Aceh lagi nampaknya? Murah sangat ke belanja kat sana? Berapa banyak wang nak kena sedia ada?? Haaa jom tengok budget kat bawah ini. Ini belanja hangus kitorang untuk trip kali ini.

Rate 3.35 dan belanja ini tak termasuk makan dan shopping
So apa tunggu lagi? Jom pack beg dan explore Aceh !

Sekian.

Terima Kasih.

You Might Also Like

0 comments