Aceh 2.0 - Puncak Geurutee & Pantai Lampuuk (Bahagian 3)

4:14:00 AM

Puncak Geurutee
Malam tadi lepas pulang ke hotel, tiba-tiba tekak LKz jadi loya pula. Lorh loya pulak dah..  Tak tahulah kat mana silapnya kan. Daripada loya loya saja terus muntah muntah akhirnya. The worst ever. Aduhhh…Terseksa hakak dik non..  Tapi nasib baik muntah-muntah nya tak membawa ke pagi ini. Cumanya, tiba-tiba pagi ini mata pula merah teruks. Suara tak payah cerita laaa… Memang dah rock habis. Bila dah nampak mata merah, cuak pula rasa kan. HAHA… So pagi itu, destinasi utama adalah untuk ke klinik.

Susah juga nak cari klinik (apotek) yang ada doctor atau medical assistant pagi-pagi buta ini. Sebab katanya, kebiasaannya doctor hanya akan ada di klinik hanya pukul 6 petang ke 10 malam. Sebab waktu lain, mereka akan berada di rumah sakit. Ohh I see.. Patutlah…. Ada dekat tiga ke empat apotek kitorang pergi. Akhirnya jumpa pun apotek yang ada doctor. Selesai jumpa doctor dan nasib baik nothing serious.

Harapan Bunda Sentra Medika
Plan hari ini kitorang nak ke Puncak Gunung Geurutee dan Pantai Lokhnga. Tapi sebelum memulakan perjalanan, singgah brunch dulu di Restoran Wong Solo. Ya Allah dia punya cili kat sini memang betul-betul “kick”. Sedap hingga bertambah-tambah nasi tau… Walaupun Wong Solo ini bukan makanan asli Aceh, tapi LKz rasa korang memang patut juga cuba makan sekali.

Wong Solo Jl. Nyak Adam Kamil, Neusu Jaya
SEDAP
Perjalanan pun di teruskan ke Puncak Gunung Geurutee. Ada dalam sejam setengah juga perjalanan nak sampai ke atas. Perjalanan nak ke sini pun dia punya view memang oh-sem lah...Dekat Indonesia ini dia punya view laut dari lereng bukit memang macam Aussie. Fantastic !

The view masa on the way nak ke Geurutee
Aceh ke ni? Hee..
Sempat juga singgah beli buah manggis dan rambutan buat bekalan nak lepak-lepak kat atas nanti.
Mula-mula itu Fauzan bawa kitorang ke sebuah kedai minum untuk enjoy the view. Dia punya view tak payah cerita. Jom layan gambar acah-acah cover album sekali tajuk LKz bagi kat bawah ini. Ahaks~

Duduk tak buat apa, tengok view ini je pun dah cukup
Masih adakah esok untuk kita? -Nora-
Biarlah aku pergi membawa diri -ShaA-
Rezeki dari Ilahi. Sahabat selamanya.
Kau yang satu -SAlina-
We will always be together
Setia ku disini
Lepas sakan berposing cover album, berhenti pulau di satu tempat ini untuk bergambar di kawasan yang sedikit tinggi lagi. Dah kata pun sedikit tinggi, memang kena menapak sikitlah naik tangga ke atas. Tapi demi sebuah pemandangan indah, kami gagahi jua.

Naik ke atas
Here we go
HAHA. Gaya bebas.
Untuk yang nak bergambar ala-ala IGers, korang kena turun sikit ke belakang batu. Tapi atas risiko sendiri. Please be careful ya..
On the way turun ke bawah sempat singgah makan durian. 4 biji durian kampung baru IDR 65,000 je... Tak elok tak kira. SEDAP pun sedap.
Di sebelah petangnya pula, kitorang ke Pantai Lampuuk untuk makan cumi dan udang goring tepung. Ini kira merangkap makan malam sekali lah kan. Best juga santai-santai dekat pantai ini. Aktiviti kat sini pun begitu jugalah nampaknya, foto-foto dan MAKAN. Hahahaa….

Mula-mula tengok maca, banyak lauknya (4 pinggan tau cumi dan udang goreng tepung) tapi bila dah makan just nice saja portionnya...
Pondok-pondok untuk berpiknik...
Sunset di Lampuuk. Nun di hujung sana ada buain sebagai prop. Kitorang? Cukuplah bergambar di sini sahaja. Malas nak tunggu turn. Hiks~
Malam itu juga sempat singgah di kedai souvenirs yang letaknya cuma walking distance sahaja dengan hotel kitorang. Misi mencari Lontong Paris Aceh dekat sini. Ianya macam kacang yang di salut bijan. Kot? Hahaha... Takpelah, korang kalau datang Aceh, boleh cuba beli ok?

Sekian.

Bersambung…

You Might Also Like

0 comments