Birthday Trip ke Kuching (Bahagian 4 - Akhir)

8:45:00 PM

Lima.Tujoh memang terbaik...
Hari keempat merangkap hari terakhir untuk kami berada di Sarawak. Aktiviti di hari terakhir ini adalah untuk ke pasar basah untuk beli Ikan Terubuk Masin sebagai ole-ole ke Malaysia nanti. Memandangkan flight kami adalah pukul 6.45 pm nanti, jdi kami cuba untuk nego dengan pihak guesthouse untuk late check out. Eh best gilaaa lah guesthouse ini sebab dia tak kisah langsung pun kitorang nak guna lagi bilik ini sampai kul 4.30pm. Eh memang terbaekk laaa... Hahahaa... Ok dah jom gi shopping... Beg tinggal saja dulu kat bilik.

Ruang lepak di pintu belakang guesthouse. Lepak sambil tengok sotong kering orang sebelah? HAHA..
Hari-hari kena hadap tangga ini. Tak tinggi sangat pun. PASTI BOLEH ! Cuma kalau bawa mak-mak yang tak larat, susah sikit la...
Repeat lagi makan sarapan di Kopi O' Corner
Perut dah kenyang, terus bergerak menuju ke Medan Niaga Satok. Kat sini macam-macam ada. Boleh lah nak perabih duit segala beli memacam ikan terubuk masin kering dan basah, ikan bilis, eh semua benda lah rasa nak beli dan boleh nak beli. Kata dah tambah baggage allowance semalam kan? So apa lagi nak fikir. Beli beli... HAHAHAA...

Tengok beg ini pon dah rasa rambang mata lagi...
Inilah rupanya pasar kat sini
Ok dah sampai tempat yang paling nak di tuju.. Haaa pilih pilih !

Jangan risau masalah nak packing, tuan kedai boleh tolong pack kan elok-elok untuk korang...
LKz sebenarnya ada suka satu homemade Kek Lapis Cadbury yang di jual dekat Kuching ini. Bukan nak kata apa lah, kek dia memang agak mahal sedikit tapi lain lah rasa. Tak sama macam kek lapis cadbury yang beli dekat kedai-kedai kek lapis lain. Gigih laaa waze ke rumah akak yang buat kek ni untuk beli kek nya. Silapnya lupa nak mesej awal untuk order. Nasib baik ada extra setengah kilo. Dapatlah lepaskan keinginan. Hewhewhew...

Ini alamatnya. Sila try sebab memang terbaik kek kat sini..
PakNil pun suka kek dia ni...
Waktu masih berbaki lagi jadi LKz dan Dira decided nak jalan-jalan di Kuching Waterfront (walking distance sahaja dari guesthouse kami). Kebetulan pula ada Boat Fiesta kat sini, punyalah jammed jalan... Nasib baik boleh jalan kaki sahaja.

Sesak
Ramai sangat orang...

Pertandingan kayuh sampan berlatarbelakangkan Bangunan DUN Sarawak. Niat di hati nak naik sampan ke seberang dan jalan-jalan di perkampungan kat sana pun tak kesampaian. Tak pa next time perhaps...

Kat sini pun ada kedai ole-ole tapi mahal sikit lah compared to Pasar Serikin dan Medan Niaga Satok pagi tadi...
Jalan jalan jumpa ini. Menarik gak kan?
Selesai perabih duit dekat Kuching Waterfront, bergegas pulang ke guesthouse pula untuk kemas-kemas beg. Siap boleh mandi lagi sekali laaaa untuk wangi-wangi nak balik. Highly recommended laaa guesthouse ni... Lima Tujoh tauuuu nama guesthouse ini =D

HAHAHA... Naik merening bonet kereta haaa...
Alhamdulillah perjalanan ke airport pun berjalan dengan lancar. Cikgu Halid pesan, kereta tinggalkan saja di kawasan parkir kereta di airport. Nanti akan ada orang ambil kereta itu. Ok selesai bab hantar kereta.

Masalah seterusnya untuk di hadapi adalah extra baggage yang kitorang bawa ni.. Walaupun semalam dah tambah, tapi still rasa macam tak cukup juga lagi. HAHAHA... Dengan ole-ole dari mak angkat diba lagi, memang mencanak naik semua kilogram yang ada. Hahaa.. Nak tak nak, terpaksa lah tambah  lagiii baggage allowance. Tapi lah kan, dalam banyak-banyak benda, paling bersyukur kerusi rotan beli semalam selamat sampai di Semenanjung dan dapat lah pakai untuk tetamu datang rumah. HAHAHA...

Sekian.

You Might Also Like

0 comments