Persiapan Awal ke Flores Indonesia - Bahagian 1

1:11:00 AM

Flores - June 2018
Plan nak ke Flores ini sebenarnya dah lama sangat di suarakan oleh kami kami kat dalam group. Tapi itulah, memandangkan semua pun acah-acah busy, dan urusan nak cari tiket pun macam agak krik krik krik di situ (sebabnya takda direct flight dari Kuala Lumpur terus ke sana). So sudahnya lepas dua tiga tahun plan juga barulah dapat nak pergi. Apa yang LKz boleh katakan, trip ke Flores ini memang salah satu trip have-have yang LKz pernah pergi. Sebab apa eh? Ok jom terus membaca.

Pulau Flores ini termasuk dalam wilayah atau provinsi Nusa Tenggara Timur Indonesia,yang jua merupakan pintu masuk ke salah satu taman nasional paling popular di sana, iaitu taman nasional Komodo. Taman nasional ini merupakan habitat asal satu-satunya ‘naga’ yang tinggal di dunia, iaitu Naga Komodo. Dalam Bahasa omputih dia Komodo Dragon! Ini juga sebab yang membuatkan tempat ini menarik untuk di kunjungi.

Seperti yang LKz terangkan di atas tadi, tiada direct flight dari KL nak ke sini. Oleh sebab itu, kita kena ambil domestic flight. Ada dua pintu masuk nak ke Flores ini iaitu Labuan Bajo (sebelah Barat) dan Maumere (sebelah Timur). Kedua-dua tempat ini ada airport dengan penerbangan dari Bali (Denpasar). Nak naik kapal terbang boleh, nak naik bot pun boleh, nak combine kapal terbang dengan bot pun boleh. Dan sebenarnya, nak datang dari Lombok pun boleh. Pepandai lah korang pilih. Tapi sebenarnya cara paling cepat dan mudah adalah hanya dengan menaiki kapal terbang saja dari Bali. Oleh sebab itu, kami hanya memilih untuk naik kapal terbang sahaja dari Bali (Denpasar) ke Labuan Bajo. Lagi pula, kita nak ke Flores ini pun untuk sailing trip 3 hari 2 malam kan. Tak perlu nak repot-repot (pening-pening) untuk mabuk naik bot all the way dari Bali pula lagi untuk nak ke sana. Sailing lah puas puas masa kat sana nanti. Heee…. Dan sebenarnya kan, antara sebab lain LKz pilih nak naik kapal terbang dari Bali adalah kerana LKz ini TAK pernah pergi BALI. Ingat nak cover sekali tempat-tempat menarik kat Bali ini. HAHA. Sian dowh selama ini tak pernah sampai BALI.

So apa persiapan yang korang kena buat untuk trip sailing ke Flores ini? Ahjummm kitaaa..~

Tiket Penerbangan

Ia bermula pada tahun lepas bila memasing dah rasa macam, eh tak boleh jadi nii. Tak tahan pulak ittew nak makan hati tengok gambar orang pergi Flores cecantik ni. Hahahaa… Maka LKz pun bukalah web AirAsia untuk cari tiket ke Bali. Tiket untuk 5 orang kesemuanya termasuk baggage allowance (25kg pergi + 30kg balik) jatuh jadi RM 351.90 seorang. Eh pejam mata saja lah. Kata dah tak tahan nak makan hati selalu. Okay bertenang ya, ini baru tiket Kuala Lumpur ke Denpasar. Belum lagi tiket nak menyampai ke Flores tu lagi.


Naik saja penerbangan domestik dari Bali ke Labuan Bajo

Harga tiket flight dari Bali (Denpasar) ke Labuan Bajo pula, tak pernah tak failed untuk menaikkan darah kami bila tengok dekat web. Mahal gilaaaa weh harga tiketnya. Harga dah sama macam pergi Japan atau Korea dah. Asal tengok je mesti RM800. Hahahahaa… Istighfar panjang hakak deknon. Mengikut bacaan LKz di web blogger lain, kalau pandai cari tiket, boleh dapat RM600 macam itu tapi kan puas lah dok cari dan akhirnya rasa macam tinggal harapan jela sebab bila trip korang lagi dua bulan je, harga tiket masih RM800 juga. Sudahnya, sekali lagi semua pejam mata jela bayar RM800 seorang untuk tiket flight ini. Kata trip have-have kan. Wakakakaaa… Oh ya, flight ini kami book melalui traveloka sahaja. Pergi kami naik Wings Air dan balik pula kami naik NAM Air. Secara kesimpulannya, berikut merupakan perjalanan kami sepanjang 6 hari di sana.

  • Hari Pertama: Kuala Lumpur ke Bali (Denpasar) – AirAsia
  • Hari Kedua: Bali (Denpasar) ke Labuan Bajo – Wings Air
  • Hari Keempat: Labuan Bajo ke Bali (Denpasar) – NAM Air
  • Hari Keenam: Bali (Denpasar) ke Kuala Lumpur - AirAsia

Pengangkutan di Bali dan Flores

Trip kami ini akan merangkumi dua tempat iaitu Bali dan Labuan Bajo / Flores. Berikut adalah pengangkutan / pakej yang kami ambil semasa di sana: -

Bali – Kami ambil pakej supir 2.5 hari dengan Tole Meong dengan harga IDR 1,100,000. Untuk pengetahuan korang, 2.5 hari ini termasuk dengan servis pick up di airport semasa hari pertama kami sampai di Bali. Jadinya, IDR 1,100,000 itu share sahaja lima orang. Selesai masalah pengangkutan di Bali. Nak contact Tole Meong, boleh tengok FB dia dekat sini. Bayaran supir boleh di buat semasa di Bali sahaja nanti. Tak perlu deposit.

Labuan Bajo / Flores – Melalui cadangan Hannah On Earth (Traveler Malaysia), pakej sailing dengan Margojoyo Travel Tours adalah terbaik. Selepas beberapa survey yang LKz buat, LKz juga merasakan yang sama. Antara sebabnya adalah BOT DIA CANTIK! Hahaha. Walaupun sekali lagi darah naik bila dengar harga bayaran yang perlu kami bayar, tapi overall tak sia-sia lah bayaran kami yang have-have ini. Sebab memang terbaik! Harga jadi lebih mahal sebab kami tak nak orang lain turut serta dalam houseboat kami. Kami hanya mahukan kami berlima sahaja supaya senang nak berpartay~! Hahaha. Poyo sangat. Jadinya since ini adalah private tour, harga jatuh IDR 15,000,000 untuk charter satu bot termasuk: -
  • Airport Transfer
  • Bot (ada 3 bilik siap ada aircond lagi)
  • Makan 9 kali (dia akan masakkan kan untuk korang)
  • Peralatan snorkeling
  • Tiket masuk ke Taman Nasional Komodo (termasuk ranger untuk bawa korang tengok komodo)

Dah tengok kos charter satu bot untuk 3 hari 2 malam kami? Haaa sekali lagi PENGSAN ~! Hahahaa dah berapa dah kos ini kalau di tambah-tambah? HAHAHAA… Oh ya, untuk bayaran bot ini, korang perlu bayar deposit dalam RM200 ke RM300 seorang. Transfer terus melalui Maybank2u (foreign transfer) sahaja. Tapi di sarankan korang kira betul-betul jumlah nak bayar deposit tu (i.e. jumlah yang genap seperti IDR 5,000,000. So baru korang convert ke MYR. Nanti kat sana senang nak bayar balance IDR 10,000,000). Aku pun tak faham kenapa dia bagi jumlah deposit dalam MYR. Bagi dalam IDR kan senang. Uppss...

Best tau sailing kat sini...
Info tambahan: Flight kami dari Bali (Denpasar) adalah seawal jam 8 pagi. Sailing trip kami pula adalah selama 3 hari 2 malam di mana ia termasuk dengan hari kami fly dari Bali (Denpasar) ke Labuan Bajo tersebut.

Penginapan

Malam Pertama
Memandangkan flight kami dari Kuala Lumpur adalah pukul 7 malam, so kami decided untuk bermalam di hotel yang berdekatan dengan Ngurah Rai International Airport sahaja. Hotel Te Queiro Bali yang terletak memang dekat-dekat kawasan airport sahaja. So tak perlu risau kalau terlambat nak kejar flight ke Labuan Bajo nanti. Murah-murah pun murah tapi……. nanti LKz share yang pengalaman kami menginap di hotel itu dalam entri seterusnya. Harga 2 bilik (untuk 4 orang saja sebenarnya) berjumlah IDR 400,000 semalam.

Malam Kedua dan Ketiga
Kita tidur atas bot keliling pulau sambil tengok bintang-bintang yang bertaburan di langit sajok. Ini paling priceless tau. Kos tadi kan dah cerita (siap boleh pengsan) kat atas tadi? Heee...

Malam Keempat dan Kelima
Waktu ini kami sudah kembali ke Bali. Tah macam mana si Cudib boleh jumpa pulak satu villa dua tingkat di Seminyak ini, ada 3 bilik 4 bilik air, 1 ruang tamu dan dapur, swimming pool pun ada. Breakfast juga di sediakan. Villa Daley namanya. Kami bayar IDR 3,900,000 untuk 2 malam. Cuba bahagi lima orang, jadi IDR 780,000 sahaja untuk seorang. Haaa kan ke harga sama je macam kalau kita tidur kat hotel? Kan kannn…


Asal tengok gambar orang pergi Bali je mesti tidur villa. Kita pun nak jugak. Walaupun bukan pergi honeymoon. HAHA.
Travel Insurance

Ok ini bab paling penting yang korang kena buat sebelum korang travel. Lagi pula trip kita kali ini adalah banyak duduk atas air yang bukan kawasan yang biasa kita stay, jadi adalah lebih baik untuk korang be ready ok? Orang kata, malang tak berbau. Untuk LKz, as usual AXA Travel Insurance menjadi pilihan. Beli secara online saja.

So sekarang ini tiket kapal terbang dah beli, hotel dah booked, insurance pun dah cover dan supir dan pakej sailing pun dah booked. So, are you ready guys nak ikut LKz punya cerita trip have-have di Flores ini?? Hahaha… tapii tapi... Korang bertenang dulu ok. Bagi LKz ruang waktu sedikit untuk buat kerja-kerja lain juga. Kehkehkeh. LKz akan share more on our recent trip di next entries. See you there. Daa~

Bersambung…

You Might Also Like

0 comments