Trip ke Flores - Bahagian 2
9:39:00 PM
![]() |
Apa best Bali eh? |
Trip kami ke Flores jatuh pada 7 Syawal. Kiranya mood nak beraya tu masih “panas” lagi, tapi dah kena sibuk nak packing segala baju oh oh tee dee untuk ke Flores ini. Sedih tau tahun ni shopping raya cuma beli Aqua Shoe RM39 je dekat Decathlon sebab nak pergi Flores punya pasal. Nasib lah nyah. Siapa suruh kau gatal beli tiket yang time raya. Hahahaaa…
Mood beraya kita simpan dulu, maka bersedialah kami di KLIA2
pada petang itu untuk menaiki kapal terbang ke Bali. Flight kami pukul 7.35
malam. Perjalanan ke Bali dari Kuala Lumpur memakan masa selama 3 jam. Tapi boleh
pulak flight delay setengah jam. So sudahnya dekat pukul 11 malam juga baru
sampai Bali.
Info: Waktu di Bali GMT+8 juga ya. Sama macam di Malaysia.
So tak perlu lah korang nak bercongak-congak tengok jam.
![]() |
Seronok ya nak jalan... |
![]() |
Here we go |
Sesampai saja di Bali, terus menuju ke kaunter imigresen dan
buat apa yang patut. Sejurus kemudian terus ke tempat ambil bagasi pula. Masa
nak ambil bagasi ini, memang mencabar. Lama gila weh tunggu punya tunggu punya
tunggu, luggage kami tak juga kelihatan. Lembab gila. HAHAHA… Ok tak pelah, kalau luggage lambat keluar kita
boleh tunggu. Tapi kesian pulak supir kami yang dah lama menunggu kat luar menanti ketibaan
kami tu.
Satu demi satu luggage kami keluar dari "lowongan" bagasi tu.. Tapi boleh pulak tiba-tiba luggage Sha yang keluar dari "lowongan" itu PECAH teruk. Weh kesian gila. Tak boleh nak berdiri dah luggage dia. Memang berkecai~
Aduh betul-betul dugaan malam ini. Nasib baik juga dia wrap beg dia tadi. Mood percutian kami terus bertukar jadi dramatis malam itu. Fuuhh... bawa bertenang semua... Semenjak tengok drama Nur yang letop habis kat TV3 hari itu, kami
semua macam ok tak per.... Ada lah hikmah dia ni nanti. *nakjugakselit* Heee…. #contohiAyahHaji…
Nasib baik la ada extra bag kami yang lain-lain ni yang boleh di pinjamkan untuk transfer
barang-barang dalam beg pecah tu.
![]() |
Syukur staff AirAsia pun sangat membantu untuk keluarkan report untuk tujuan claim dengan pihak insurance nanti. |
Sudahnya, dekat pukul 12 lebih juga baru kami dapat keluar
dari airport ini. Supir pun nasiblah masih setia menunggu kat luar. Dan.... nasib baik juga Te Queiro Hotel yang kami book tu dekat sangat dengan airport.
Dekat sangat weh sampaikan dekat hotel receptionist pun kau masih boleh dengar
bunyi-bunyian kapal terbang. HAHA.
Kami hanya book 2 bilik hotel (4 orang) sahaja dekat sini. Tapi kami berlima. Haha.. Selamber... Masa nak
check in tu receptionist tu tanya juga, bagaimana dengan orang yang kelima?
Tapi kan lepas dah manis manis mulut, nasib baiklah dia tak kisah kalau sumbat
lagi seorang dalam bilik yang ada je. Sebab kami hanya akan berada di hotel ini
hanya untuk 3 ke 4 jam saja pun. Kang dah nak kena check out dah untuk kejar flight
ke Labuan Bajo jam 8 pagi nanti.
Walaupun flight kami dari KL tadi boleh di katakan agak
lewat, tapi letih bebeno rasanya. Sebab penat tunggu flight. Penat tunggu luggage keluar. Penat berperang dengan emosi. Phew~ So bila dah sampai hotel itu rasa lega sikit lah kan. Tapi bila
sampai sahaja di hotel, tiba-tiba rasa “errkkk macam scary je hotel ni” …. Dah
lah dapat bilik tingkat 3, lepas tu lif boleh pulak rosak. LKz syak lif ini
memang dah lama rosak dia tak repair. Ahh gasak lah kena panjat tangga sampai
tingkat 3 dengan luggage bagai. HAHAHA…. Memang habis terus saki baki tenaga yang
tinggal ni ha. Tapi nasib baik staff hotel sedia membantu hangkut beg bebanyak
ni.
Berbekalkan saki baki tenaga yang ada, gigih jugaklah kami berlima yang dedebab ini panjat tangga sampai ke bilik hotel memasing. Masuk jee hotel, kitorang macam eerrrr… hotel ke apa ni? Ok tak pe tak pe, kita stay sini sekejap sahaja. Kejap lagi nak check out dah. Positif positif. Fuhhh~! Ruang dalam bilik agak terhad. Nak bukak beg pun macam kena cari space. Nak solat pun macam, “eh kat mana boleh solat ni?” HAHA. Kena pandai laaa nak hidup...
![]() |
Taraaa... inilah bilik kami. HAHA. Nampak kat luar tingkap tu banyak kereta? Jangan kata bunyi kereta, |
Sampai waktu nak bersihkan diri, LKz pun masuklah bilik air.
Tiba-tiba macam aduhhh kena pakai selipar ini. Berlumut-lumut lantai dia. Erkk
macam tak pernah cuci je? Haihlah apalah nasib. Tapi dalam ke”lumut”an itu, berjaya
juga laaa mandi. Baru nak bahagia lepas dah berjaya mandi, eh tiba-tiba air
pulak bertakung dekat lantai. Fuhhh mencabar juga ni. Takpe takpe. Take it easy
Kz ! Barulah adventurous sikit... HAHAHA…
Dah selesai bersihkan diri semua, LKz pun mulalah nak
meletakkan kepala atas katil. Baru letak sekejap terus bangun balik! HAHAHAA… Tindakan reflect kuasa lima... Alaaahai ada bau yang kurang menyenangkan pulak. Adoilaa bila boleh nak tidur ni woi? HAHAHAA… Sudahnya terus amik baju lalu di lapik atas bantal. SPRAY JUGA
MINYAK WANGI BEBANYAK kat bantal dan baju. Hahahahaaa…. baru boleh letak kepala balik. Sesambil pandang Cudib kat katil sebelah,
dalam hati berkata, “Ape ke mencabar bebeno trip kita kali ini Cudib oiii?
Belum start beronok-ronok pun lagi kot?” HAHAHA. Puas dok kira kambing biri-biri atas katil, akhirnya terlelap juga kami. Dapat lah tidur 2 jam kot sebelum bangun semula dan bersiap-siap untuk ke airport.
Bersambung...
1 comments
betul2 mencabar jiwa raga permulaan trip ni. tapi rasanya di Flores nanti mesti happy2. hehe ok kite tunggu sambungan =)
ReplyDelete